Ameer Faiz
Thursday 16 October 2014 | 20:14 | 0 comments
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم , السلام عليكم ورحمة الله هيوبركاته
Permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Tiga nama yang berbeza. Sekarang mungkin saya dalam golongan permulaan bersama awak, AMEER FAIZ. Akan datangnya pertengahan hubungan kami dan akan datangnya pengakhiran hubungan kami. Saya tak boleh cakap bila. Itu semua kerja Tuhan dan takdir yang akan menentukan segalanya. Cuma saya akan tetap mendoakan pengakhiran hubungan kami biarlah dalam keadaan yang menggembirakan dan disaat itu biarlah dia tetap berada disisi saya dalam suasana yang indah Amin.
Awak, dah 2 tahun 5 bulan kita sama-sama. Banyak dugaan dan rintangan dalam hubungan kita. Saya tahu tak ada hubungan yang tak pernah alami dugaan dan tuhan itu maha adil. Tuhan berikan kita dugaan sebab nak tengok sejauh mana hubungan kita boleh bertahan dan sekuat mana kesabaran hubungan kita itu. Sebab itulah Tuhan menurunkan dugaan kecil mahupun besar dalam hubungan kita. Dan saat ini Tuhan menurunkan dugaan buat saya. Walaupun airmata sentiasa jatuh, hati saya selalu menangis tapi saya tetap kuat. Saya cuba kuat untuk hadapi. Cuma saya tetap tak boleh tahan airmata saya daripada mengalir kerana itu kelemahan perempuan dan saya akui itu. Berat hati ni nak tanggung segalanya sorang sorang. Kawan yang baik selalu ada untuk saya dengan melegakan hati saya. Dalam sayang terkadang ada bencinya. Benci itulah yang makin hari makin membuatkan saya bertambah sayang dekat awak. Dugaan selalu memperkuatkan lagi hubungan kita. Saya dan awak sentiasa sama-sama hadapi walaupun sakit. Sebab saya ada awak seorang dalam hati AMEER FAIZ BIN AHMAD ZAIDI.
Awak, ikhlas dari hati saya mencintai awak. Ikhlas dari hati saya menyayangi awak. Ikhlas dari hati awak telah mencuri hati saya. Cinta dan sayang saya pada awak bukanlah paksaan dari sesiapa. Hati saya sejujurnya menyayangi awak seorang. Tak ada lelaki lain yang boleh ambil tempat awak di hati saya saat ni. Saya memerlukan kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan kita. Kejujuran dan kepercayaan amat penting sayang. Jujur dalam membuat kesilapan lebih baik daripada menipu dalam membuat kesilapan. Dengar sini saya tak pernah ada hati nak menduakan awak. Sekali pun tak pernah. Tak pernah terlintas langsung nak menduakan awak. Tak ada lelaki lain yang boleh curi tempat awak di hati saya mahupun menggantikan tempat awak dalam hati saya. Saya sayangkan awak. Saya terima segalanya tentang diri awak. Saya terima segala kelemahan awak. Saya terima awak seadanya. Saya janji akan buat yang terbaik untuk hubungan kita. Saya janji akan menjaga awak sebaik mungkin selagi awak masih milik saya. Saya janji tak akan pernah ada lelaki lain yang boleh ganti tempat awak selagi awak masih milik saya. Sentiasa saya doakan hubungan kita terus kekal hingga ke syurga Inshaallah. Saya mohon maafkan semua kesalahan saya terhadap awak. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak.
Sayang walau macam mana teruk kita bergaduh or what else, saya nak awak tahu yang saya sentiasa sayangkan awak . Insyaallah satu hari nanti kita akan bina keluarga kita. Sama-sama kita doakan okay.
Sincerely,
NfBalqis
semangat
Friday 7 June 2013 | 22:50 | 0 comments
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم , السلام عليكم ورحمة الله هيوبركاته
Okay, act I don't know why I'm writing this post. I want you to read, I want you to know. I want you to understand. You, since you appear in my life. I think you're the light of my life for this. You make me enthusiastic presence, feel happy. Thank you for everythings.
AMEER FAIZ BIN AHMAD ZAIDI
Awak tahu tak awak semangat saya, saya jatuh tapi awaklah yang pimpin saya. Awak bagi saya semangat baru. Saya belajar berjalan bersama awak. Awak sentiasa ada di samping saya. Awak menjadi sebahagian hidup saya. Awak adalah kekuatan saya. Saya nak awak selalu di samping saya. Janji jangan tinggalkan saya. Saya bukannya perempuan tabah. Saya lemah. Bila awak tinggalkan saya awak umpama membunuh saya. Awak kena ingat, awak kena ada dalam diri saya. Saya tidak minta apa pun dari awak. Cuma nak awak, sentiasa cintakan saya. Setiap nafas saya hanya harapkan awak di samping saya.
Okay, tipulah kalau saya cakap 'awak tak penting kan?' Awak, awak ada di saat saya suka dan duka. Awak selalu berikan senyuman awak untuk saya tersenyum. Semakin hari saya semakin sayang awak. Awak, kalau saya ada buat salah, saya nak mintak maaf banyak-banyak dengan awak. Terkasar bahasa, buat hati awak sakit. Awak maafkan saya ya. Kalau suatu hari nanti saya tiada, awak jaga diri baik-baik ye. Awak hati-hati eh bila keluar pergi mana-mana, saya risau kalau ada apa-apa berlaku dekat awak, saya tak bersedia lagi nak kehilangan awak. Awak janji dengan saya tau yang awak akan jaga diri baik-baik dekat luar sana? Jaga kesihatan awak tau. Nanti kalau awak sakit siapa yang susah? Family awak juga kan? Saya pun jadi susah hati. Btw, terima kasih sebab sudi memahami saya. SAYA SAYANG AWAK, SANGAT.
Assalamualaikum
Sincerely,
Future chef Ameer Faiz :)
Dua pilihan
| 22:21 | 0 comments
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم , السلام عليكم ورحمة الله هيوبركاته
Assalamualaikum, Allah beri kita dua jalan pilihan. Kita boleh pilih antara dua tu iaitu jalan ke syurga atau jalan ke neraka. Tapi pernah sedar tak? Pernah kita usaha untuk meraih syurga Ilahi? Kadang-kadang kita pernah usaha nak jadi baik tapi tak boleh, mesti ada halangan. Betul kan? Tapi patut ke kita putus asa? Nak masuk syurga bukan senang tapi tak susah. Nak masuk syurga banyak jalan. Cari jalan kebenaran. Jangan sampai jatuh dari landasan kebenaran. Ingat tu!Manusia sekarang hidup dalam kejahilan. Sebab itu dalam Al-Quran pun menyebut 'Manusia itu kerugian'. Aku manusia, kau juga manusia. Kita bukan Nabi yang bersifat maksum yang tak buat salah. Semua orang buat salah. Sebab itu musibah dan ujian itu tarbiyah. Bak kata Ustaz Fadhilah Kamsah 'Tingkatkan diri perkasa peribadi'.
Kita mengaku hamba Allah, tapi tidak melakukan perintah-Nya seolah olah tidak kesah tentang azab di akhirat kelak. Kita mengaku umat Rasulullah, tapi tidak pernah mahu melakukan sunnahnya sedangkan baginda lah akan membantu kita dan memberi kita syafaat di akhirat kelak. Kita mengaku beragama Islam tapi kita masih lagi hidup cara jahiliyyah. Terlalu banyak sayang, bertudung tetapi nampak bentuk leher, berbonggol unta di kepala, memakai tudung tidak menutup dada seperti yang memakai turban. Astaghfirullah. Cara pakaian kita sekarang tidak seperti cara Islam. Sebaik-baik pakaian ialah pakaian taqwa. Sabda Rasulullah s.a.w : Jika kau menyerupai sesuatu kaum, kau sebahagian daripadanya. Macam mana kalau kita ikut cara orang barat yang dikatakan trend, kita pakai ikut cara mereka tapi kita mengaku umat Rasulullah, Rasulullah mengaku ke kita umatnya? Muhasabah diri sayang.
Sahabat, Allah tidak pernah sesekali tidur. Kita buat baik dia nampak walaupun orang tidak mengetahui. Allah itu Maha mengetahui dengan apa yang kita tidak ketahui. Beramallah kepeda Allah. Ikhlaslah kerana Allah. Syurga itu benar, neraka itu juga benar. Buat baik tempatnya syurga buat jahat balasannya neraka. Syurga itu indah, sangat indah sehingga tak akan, tak boleh, tak pernah dibayang oleh mata,hati mahupun akal. Neraka itu perit perit perit perit sangat perit. Sehingga dalam Al-Quran menyebut akan ada dineraka nanti orang kafir menyesal kerana tidak memilih Islam sebagai agamanya. Jadi mana jalan yang kita inginkan? Kita muslim. Allah tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul kita. Al-Quran pengangan kita. Sunnah amalan kita. Pilihlah jalan yang benar. Tarbiyah untuk aku. Tarbiyah untuk diri kalian. Tarbiyah diri untuk semua umat islam. Jadikan Islam kukuh setiap kaki melangkah. Kerana segalanya ini milik Allah Ta'ala.
Bila kita ingat syurga, kita akan berusaha bersungguh-sungguh berbuat kebaikan. Bila kita ingat neraka, kita akan terus terniat untuk berhenti berbuat keburukan. Jadi, ingatlah kedua-duanya. Kata-kata saya ini bukan untuk suka-suka. Kadang-kadang saya risau kalau apa yang saya sampaikan ini saya sendiri tidak amalkan. Sebab itu apa yang saya sampaikan adalah untuk diri saya sendiri. Untuk saya tarbiyah diri. Time to hijrah Nurfateha Balqis
Sincerely,
Allah Servant's